Azmee2u’s Blog

September 15, 2011

TIPS UNTUK MENINGKATKAN PERNIAGAAN

Filed under: On-line Business, Uncategorized — Tags: — azmee2u @ 2:45 am

15 Idea “Bagaimana Untuk Meningkatkan DUA KALI GANDA Pendapatan Anda Dan Menarik Lebih Ramai Pelanggan Kepada Anda Dalam Masa Yang Singkat!”

Perniagaan anda boleh hidup atau “mati” bergantung kepada berapa banyak jualannya bukan?

Anda mungkin mempunyai produk atau perkhidmatan terbaik paling “power” di dunia atau anda mungkin boleh buat kek yang paling hebat di seluruh galaksi, tetapi jika tidak ada orang yang membeli daripada anda atau tidak berapa ramai orang yang datang kepada anda untuk membeli daripada anda, ia mungkin akan menyebabkan perniagaan dan pendapatan anda hanya “nyawa-nyawa” ikan.
Untuk meningkatkan jualan, anda perlukan strategi pemasaran yang bagus. Anda perlu belajar bagaimana untuk menarik perhatian orang ramai atau pelanggan kepada anda atau perniagaan anda serta membuat mereka gembira untuk membeli daripada anda.

Sebagai perunding strategi pemasaran sejak tahun 2001, saya telah berjaya membantu ramai usahawan untuk merubah senario perniagaan mereka dan pada masa yang sama merubah kehidupan mereka daripada “biasa-biasa’ kepada “luar biasa” dengan menggunakan strategi pemasaran serta idea pemasaran yang mudah.

Idea yang saya berikan ini adalah sebagai “PERMULAAN” kepada anda untuk belajar menjadi pakar pemasaran untuk perniagaan anda sendiri.

Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik “ramai gila” pelanggan kepada anda, ia adalah benar!

Bila saya katakan yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik “ramai gila” pelanggan “berkejaran” untuk menggunakan produk atau perkhidmatan anda juga, ia adalah benar!

Itulah yang berlaku kepada saya dan ramai pelanggan korporat atau individu yang telah menggunakan teknik-teknik pemasaran saya. Apatah lagi bila anda akan belajar “live” daripada saya di dalam Klinik Usahawan Dr.Azizan Osman-Seminar Marketing Power saya nanti.
Persoalannya, adakah anda cukup stok atau kakitangan untuk uruskan pelanggan yang ramai mencari anda nanti?
Ini adalah senarai 15 idea pemasaran luar biasa, anda tidak akan tahu keberkesannya sehingga anda mencuba:-

1) Kongsikan apa yang anda tahu kepada orang lain: Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog ,laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.
Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran. Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.
Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang

2) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa: Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju “cheong-sam” serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher berbuka puasa kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem “Harry Porter” di panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada seperti tukang sihir di dalam filem “Harry Porter” pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan “menarik” ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka mungkin pembelian harga istimewa?
Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan “Transformer” dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan!

3) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.

4) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling “power” di dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan. Jangan anggap yang disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!

5) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah: Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan “database” pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem sms, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk memaklumkan tentang kempen anda. Anda boleh pelajari semua teknik ini dengan lebih terperinci di dalam program “Seminar Marketing Power” saya nanti.

6) Tambah maklumat baru di laman web anda: Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimisation) untuk meningkatkan ranking laman web anda di enjin carian seperti Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.

7) Blog: Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma.

8) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda: Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti “Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara….?” Tetapi anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.

9) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda : Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat “besar punya”.

10) Rakamkan video anda di YouTube: Steve Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.

11) Melaburlah untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga : Sekiranya ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi atau kelayakan professional di dalam industri yang anda ceburi, pastikan yang anda melabur untuk mendapatkannya. Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan anda serta meningkatkan kelayakan kepakaran anda.

12) Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian: Sekiranya anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian telefon sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan, pastikan yang mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang membantu mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian, pastikan mereka mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak membantu menambah nilai perniagaan anda.

13) Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain: Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin membosankan dan orang mudah lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam yang berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka mandi “bersama-sama” anda setiap hari?

14) Minta dan gunakan testimonial pelanggan: Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda.

15) Berikan jaminan wang dikembalikan: Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.

RICHWORKS HUMAN CAPITAL DEVELOPMENT (M) SDN BHD (909099-W)
74-74A, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam Selangor.
Tel: 03-5519 1260 and Faks: 03-5519 1266.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: